
Mereka yang mendaftar nombor plat UTM ini adalah dari kalangan staf dan juga alumni UTM. Mereka membawa kenderaan plat UTM dengan bangga sekali.
Seronok berkonvoi ialah kita tak berhenti bergerak walau traffic light merah. Semua jalan dijagai polis dan marshall konvoi.
Alhamdulillah semua selesai lebih kurang jam 5 petang. Saya sempat bersalam dengan YB Mazlan Bujang dan bekas pelajar saya, En. Sharil Nizam Abdul Rahim yang merupakan Pengarah Yayasan Warisan Johor.