Mungkin Satu Dalam Sejuta

Ini cerita kelmarin semasa menemu bual parent untuk kemasukan ke SRIH…..
Semasa saya menunggu untuk menemu bual ‘parents’ untuk kemasukan ke Tahun 1 Sekolah Rendah Islam Hidayah 2021 maka datanglah 2 orang lelaki untuk ditemu bual…
Astaqfirullahal ‘Azim! Mulalah datang pemikiran yang bukan-bukan dalam kepala. Tidak pernah saya menjumpai kes seperti ini sejak saya menemu bual ibubapa sejak tahun 1996 (kalau tak silap saya).
Borang yang diserahkan kepada sayapun 2 borang untuk seorang anak.
Mereka memperkenalkan diri. Saya ABC adalah bapa kandung dan sebelah saya DEF adalah bapa tiri. Subhanallah… Bapa kandung dan bapa tiri begitu akrab sekali.
“Saya ingin menghantar anak ke SRIH inipun diatas saranan DEF yang merupakan alumni SRIH dan SMIH”, ujar si ABC (Bapa Kandung).
Kalau kami datang bersama isteri masing-masing, ramai pula di musim covid-19 ni.
Dalam sistem pemarkahan menemu bual kami, ibubapa yang datang berdua mendapat extra markah berbanding dengan yang datang berseorangan. ‘Of course’, pasangan bapa ini mendapat extra markah dariku.
Mereka menyatakan bahawa mereka ‘take turn’ menjaga anak ini setiap 2 minggu. MasyaAllah…
Jarang kita dengar bapa kandung yang bertanggungjawab. Kebiasaannya setelah bercerai, isteri dan anak ditinggalkan tanpa memberi nafkah dan bimbingan lagi. Lantak engkaulah!
Kadang-kadang suami isteri yang bercerai tadi mengambil peluang untuk menghasut anak-anak mereka supaya mereka masing-masing membenci ayah dan ibu mereka. Astaqfirullahal ‘Azim!
Saya cukup kagum dengan kedua-dua bapa ini.
Cerita-cerita sebegini wajar kita war-warkan supaya bapa yang bercerai mengambil teladan dari apa yang berlaku. Rupa-rupanya masih ada bapa kandung yang mempunyai hati budi…