Lidah Dan Hati

Lidah kata orang lebih tajam dari pisau. Lidah boleh melukai. Tidak melukai secara fizikal tetapi ia hanya melukai hati. Hati yang luka bukan senang untuk diubat.

Kadang-kadang hati yang luka boleh membawa kepada dendam kesumat. Manakala sebaliknya pula ia juga boleh membawa seseorang kepada rasa hina dan rendah diri dan terus membawa diri.

Pernah berlaku si adik membawa diri ke rantauan kerana dek terasa hati dengan si abang.

Islam menyarankan supaya kita menjaga lidah. “Jika kamu tidak mempunyai apa-apa yang hendak dikata, lebih baik kamu diam.”

Ungkapan kata-kata yang terkeluar dari mulut kita, tidak mungkin dapat kita padamkan. Pepatah ada mengatakan bahawa ‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.’

Kita sewajarnya berfikir sebelum kita mula berkata-kata. Kita sepatutnya menilai adakah apa yang ingin aku cakapkan ini boleh melukai hati si pendengar?

Kadang-kadang apabila berlaku perbezaan pendapat, kita cuba mengutarakan pendapat kita dengan sekeras-kerasnya untuk menang. Kita sudah tidak fikirkan tentang kawan lagi. Apa yang penting, aku mesti menang, no matter what!

We have to remember, sometimes we might win the argument but we can’t win the heart of our opponents. Apa yang penting di sini? Adakah kita merasa puas apabila kita dapat benamkan pandangan lawan sedalam-dalamnya ke dasar bumi dan akhirnya mengharapkan dia menerima pendapat kita?

Hati tersangat lembut dan halus kecuali bagi sesetengah orang yang berhati keras seumpama batu.

Hati juga mudah tertawan dengan bahasa-bahasa indah yang keluar dari mulut seseorang.

Jagailah kata-kata kita supaya kita tidak celupar dan melukai hati insan yang lain.