Membawa Bonda Tersayang Makan Pagi

Selesai mengimani solat Subuh bersama Nik Azizah Nik Sulaiman (my mother in-law) dan isteri, saya meneruskan lagi dengan bacaan al-ma’tsurat sugra.
Selepas itu kami bergerak ke Ayang Cafe. Saya sudah pesan kalau kita lewat, agak susah untuk mendapatkan meja.
Setelah sampai, kami tengok tempat parkir sudah hampir penuh. Namun saya mendapat ruang untuk menyelit sebuah kereta.
Di Ayang Cafe, kelihatan ada yang masih memakai telekung. Ini bermakna setelah mereka solat subuh dan berwirid di Masjid dan selepas itu mereka terus ke sini.
Pada awalnya, saya ingat ibu mertua saya akan balik rumah selepas makan tetapi beliau ingin turut serta menziarahi kakak-kakak saya di Palekbang.
Alhamdulillah sampai di rumah Kak Zah (Wan Azizah), kemudian datang Kak Cik (Wan Zaharah) dan seterusnya Su (Wan Noor Laili).
Kami adik beradik sempat ber‘posing’. Semua ada adik beradikku kecuali abang sulong yang berada di Kuala Berang. Minus seorang abang dan seorang kakak yang telah pergi mendahului Kami.
Ya Allah, Engkau satukan hati-hati kami supaya kami sentiasa lebih cakna diantara satu sama lain. Aamiin aamiin aamiin ya Rabbal ‘Alamin.