Menaiki Pesawat Pulang Ke Johor

Aku dan isteri menarik ‘luggage’ seorang satu dari rumah di Taman Seri ke Airport disamping masing-masing memikul satu beg sangkut seorang satu.
Masa datang kelmarin hanya satu beg, hari ini dia beranak satu lagi, sama besar. Ha..Ha..Ha. Biasanya jarang dia beranak… Tetapi hari ini dia beranak tanpa bidan.
Bila sampai di ‘gate airport’ ada sebuah kereta SAGA berhenti untuk membantu kami. Beliau adalah pekerja Air Asia.
Bila kami nak masuk ke balai berlepas, berjumpa sekali lagi. Kami pohon untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Beliau baru 2 bulan berpindah dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
Aku terfikir hendak panggil Grab pada awalnya tetapi takut Grab tak nak datang kerana jarak dari Taman Seri ke Airport terlampau dekat. Masa sampai kelmarin aku dan isteri berjalan kaki aje dari airport ke rumah.
Aku terharu kerana masih ada lagi insan yang berhati mulia…