Ustaz Muhammad Mustafa juga singgah selepas beliau selesai memberikan kuliah di masjid.
Malam ini adalah malam ketiga dan merupakan malam terakhir tahlil untuk arwah makcik. Mudah-mudahan pahala sampai kepada roh arwah.
Saya pernah bersekolah di SMT selama setahun pada tahun 1977 (Tingkatan 1). Kemudian saya berpindah ke Sek. Men. Sultan Ismail (SMSI) di Kota Bharu untuk Tingkatan 2 dan 3 kerana susah untuk mendapatkan pengangkutan.
Di Kota Bharu, saya tinggal di rumah kanda Wan Azizah di lorong Che Majid, Wakaf Siku. Pada masa ini, weekend sangat dinantikan untuk pulang ke rumah bonda di Palekbang. Setiap hari Khamis apabila pulang dari sekolah, saya mengayuh basikal ke stesen bot Kota Bharu ke Palekbang. Basikal dibawa naik keatas bot. Petang Sabtu bawa pula basikal menaiki bot untuk balik ke Kota Bharu.
Perancangan esok ialah untuk membawa mak mertua ‘breakfast’ di Ayang Kafe kemudian menziarahi kakak, adik dan anak-anak saudara di Palekbang. Pada petangnya ada program solat hajat untuk kawan yang akan menjalani ‘operation’ jantung.
Kita balik dalam masa yang singkat seharusnya memaksimakan masa yang ada. Mudah-mudahan semua hak saudara mara terlaksana dan tidak diabaikan…