Kemasukan Ke Tingkatan 1 Dan Tingkatan 2 SMIH

Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar sekarang kerana tarikh tutupnya ialah di penghujung bulan September 2020. Setelah mendaftar, pelajar-pelajar akan diadakan ujian kelayakan manakala ibubapa pula akan menjalani sesi temu bual pada bulan berikutnya.

Anak-anak saya kesemuanya belajar di Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Apabila mengimbau kisah lama, kadang-kadang terasa sedih dan kadang-kadang terasa seronok. Apa yang menyedihkan dan apa yang menyeronokkan?

Sedih kerana kadang-kadang tidak dapat pulang beraya di kampung kerana melunaskan yuran persekolahan. Bila duit dah habis, hendak balik beraya apa lagi? Manakala gembira dan seronok pula ialah kerana dapat membayar yuran sekolah dan gaji guru-guru serta staf sekolah tidak tertangguh!

Bermacam-macam pengorbanan kita buat untuk menjadikan anak-anak berjaya; duit, harta, tenaga, idea, doa dan sebagainya.

Ya Allah, Engkau jadikan pengorbanan kami itu sebagai sebahagian dari amal soleh kami. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.

UTM Open Day