Objektif program ini ialah untuk mengeratkan silaturrahim sesama staf dan keluarga besar FABU. Kedua, untuk membantu negara merangsang ekonomi dengan kita berbelanja di dalam negara. Ketiga, untuk melihat warisan bangunan dan ukiran yang bersejarah di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Kenapa teruja ya? Pertama kerana dapat memenuhi hati/kehendak isteri untuk ke Cameron Highlands. Isteri belum sampai ke sana walaupun kita dah berkali-kali membawa pelajar ke Cameron Highlands (CH).
Ketiga, kita (AKRAB) merancang untuk membawa staf dan keluarga untuk merehatkan minda setelah penat bertugas di FABU dengan 3 buah bas tetapi kita jalankan juga walaupun hanya dengan kapasiti sebuah bas.
Kita merancang untuk memberi sedikit imbuhan secara tidak langsung kepada ahli AKRAB dengan membuat lawatan ini tetapi tidak mengapa mungkin AJK yang akan datang boleh merancang program rehlah yang lebih jauh dan lebih baik lagi, mungkin ke Sabah dan Sarawak.
Apapun kepada yang mengikuti program ini, selamat bercuti sambil merehatkan minda. Kepada yang tidak sempat bersama dengan program ini, insyaAllah akan ada lagi program-program yang akan datang yang lebih baik, insyaAllah.