Kembara Warisan Pantai Timur 1

Kami bertolak dari parkir Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) sekitar jam 9.20 malam dalam program Kembara Warisan Pantai Timur.
Kita berhenti untuk buang air dan kudapan di R & R Pagoh. Tetapi semua kedai yang ada, sudah tidak menyediakan minuman panas walaupun jam masih belum pukul 12 tengah malam.
Perhentian kita yang seterusnya ialah Masjid Ahmadiah, Kampong Kepayang, untuk menunaikan solat Subuh. Kita tiba agak awal sekitar jam 4.20, jadi terpaksa menunggu juga untuk pagar masjid dibuka.
Masjid ini walaupun dibuka sejak 1905 tetapi telah dipertingkatkan fasiliti dari segi kemudahan air-con dan sebagainya.
Kolah untuk berwudhu disediakan walaupun air paip sudah tersedia. Kertuk juga tersedia untuk dipalu bagi memanggil orang datang tetapi sekarang ia sudah tidak digunakan lagi, mungkin kerana digantikan dangan kemudahan pembesar suara.
Tasbih diatur rapi di dinding untuk sesiapa yang ingin menggunakannya…
Kami bergerak naik ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai pada jam 6.45 pagi.
Cameron Highlands, Mu Tunggu, Kami Datang!