Pihak kampung telah menggaji 5 orang anak muda dengan RM100/hari/orang. Ini bermakna sehari pihak kampung mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM500.
Saya tertarik dengan langkah yang dibuat ini kerana ia menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.
Cuba bayangkan tanpa perkhidmatan mereka, laluan trafik akan menjadi huru hara kerana kita semua maklum bagaimana sikap pemanduan kita di Malaysia.
Tempat kita kebiasaannya ialah kalau arah aku yang jalan, engkau tunggulah hingga habis, kemudian barulah engkau boleh jalan.
Ini masalah sikap orang kita. Kita sangat prihatin dengan kesusahan orang, kita bukan sahaja bantu rakyat Malaysia tetapi rakyat negara lain juga termasuk Palestin dan sebagainya.
Tetapi apabila kita mula memegang ‘steering’, kita lupa diri… Jangan sesiapa cuba potong aku, aku akan balas atau potong balik.
Yang menyedihkan saya ialah orang Singapura yang belajar di UK, boleh aje tukar lesen Singapura ke UK. Orang Malaysia tidak boleh tukar dan kena membuat ‘driving test’ pula lesen UK. Pada hal sama-sama negara ‘commonwealth’. Sebabnya ialah kes ‘accidents’ kita terlampau tinggi…
Terukkan? Jom kita ubah sikap kita…