Kembara Warisan Alam Bina 3

Pagi tadi kami bergerak dari homestay ke MARDI untuk memenuhi tuntutan lawatan sambil belajar seawal 8am.
Selesai di MARDI, kita ke Lavender Garden/Park pula. Di sini sesiapa yang belum masuk, kami galakkan untuk melihat keindahan bunga.
Harga agak mahal tapi rasanya ‘it’s worth it.’ RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk 12 tahun ke bawah. ‘Of course’ kanak-kanak free, rasanya below 5 kut.
Selesai di sini, kita bergerak ke Kelantan. Sempat juga berhenti melihat Masjid Razaleigh, replika Masjidil Haram di Gua Musang.
Akhirnya kita sampai di homestay di Wakaf Che Yeh sekitar jam 8.30pm.
Di sini kita berehat sementara menunggu hari esok. Tetapi ada aje yang keluar dari homestay pergi shopping.
Suasana di Wakaf Che Yeh malam-malam ini agak ‘happening’. Ada jualan barang-barang dan pada malam ini ada pasar malam. Saya mendapatkan burger, dokong, manggis dan martabak untuk makan malam kami.