Kembara Warisan Alam Bina 4

Ibu mertuaku, Hajjah Nik Azizah Nik Sulaiman datang untuk menjumpai cucunya.
Bonda datang dari Pengkalan Chepa ke Wakaf Che Yeh bersama anak lelakinya, Hj. Asmadi Shaari.
Bonda tinggal bersendirian di Taman Seri. Ayahanda Hj. Shaari Awang telah pergi meninggalkannya beberapa tahun yang lalu. Bonda cekal untuk tinggal bersendirian.
Aku pernah mencuba untuk membawanya tinggal bersamaku di Johor Bahru. Justifikasi aku mudah aje, anaknya yakni isteriku tidak bekerja, jadi bonda mempunyai segala masa untuk berborak dengannya.
Sudah pasti anak sulongnya itu akan melayannya sebaik mungkin. Tambahan pula, anak-anakku ramai, jadi bonda pasti tidak bosan dilayani anak-anakku.
Tetapi bonda menolak…
Aku yang sudah ketiadaan ayahanda dan bonda, inilah satu-satunya orang tua yang masih aku ada.
Alhamdulillah jika itulah jalan yang dipilih bonda, aku turuti jua. Didoakan semoga bonda bahagia.