Kembara Warisan Alam Bina Ke Pantai Timur 5

Hari terakhir Kembara Alam Bina, FABU ke Pantai Timur…
Kami ‘check-out’ dari ‘homestay’ seawal pukul 7.30am. Masing-masing turun awal untuk mempastikan beg mereka ditempatkan di dalam perut bas.
Kemudian kita menghala ke Cerana Village (CV) untuk bersarapan pagi. CV sudah beroperasi sejak 3 tahun yang lalu. Boss CV ialah Tn. Hj. Asri, saya punya senior di Sek. Men. Teknik Terengganu.
Saya di SMTT pada tahun 1980/1981 dan Tn. Hj. Asri rasanya pada tahun 1978/1979.
Penjualan makanan dari atas bot adalah suatu suasana seperti di Sg. Chao Phraya, Thailand. Pelbagai jenis makanan dijual; pulut pagi, nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang, pelbagai jenis kueh mueh, dan sebagainya.
Dari CV kita bergerak terus ke ‘draw bridge’ di Terengganu, kemudian kita ke Masjid Kristal untuk solat zohor dan asar secara jamak qasar, dan kemudian ke Losong untuk membeli keropok lekor.
Selesai membeli keropok kita bergerak pulang ke Johor.
Saya agak mungkin kita akan sampai di UTM Skudai sekitar jam 12 tengah malam nanti. Sangkaan saya meleset, kita sampai jam 2 pagi.
Akhir sekali, didoakan semoga semua yang menyertai expedisi ini berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh AKRAB. Jika ada kekurangan di sana sini, saya memohon jutaan kemaafan bagi pihak AKRAB.
Terima kasih semua!