Niat Iktikaf Dalam Masjid

Niat adalah segala-galanya dalam Islam. Hendak berpuasa kena niat, Hendak solat kena niat… baru sah.
Begitu juga amalan sunat, perlu disertai dengan niat. Nak beriktikaf dalam masjid, kena niat baru ada pahala. Kalau tidak, hanya duduk saja dalam masjid tetapi tiada pahala.

Cuma persoalan saya kepada para asatizah adalah seperti berikut;

Sekiranya kita datang ke masjid tetapi imam sudah mulai solat dan sudah pasti kita tak terfikir untuk berniat iktikaf dan terus solat. Sedang kita solat, terlintas pula di hati hendak niat untuk beriktikaf.
Sudah pasti kita boleh berniat iktikaf selepas solat. TETAPI sekiranya kita berniat iktikaf semasa kita tengah solat fardhu bersama imam, apakah ia dibolehkan?
Lagipun kalau kita niat selepas solat takut kurang sikit pahala kerana durasi dalam masjid tak lama.
Kedua, adakah dibolehkan kita berniat iktikaf dalam masa kita solat fardhu? Takut tak dibolehkan amalan lain dicampurkan dengan amalan solat?
Mohon ustaz dan para asatizah memberi komen dan pencerahan, please… Jazakumullahu khairan kathira.