Datang Rompin Lagi…

Petang 23 September, selepas balik kerja, aku bergerak ke Rompin bersama isteri dan Asmaa, hanya ingin melawat Kak Long. Esoknya Khamis, cuti di Johor kerana Hari Hol.

Kalau aku tak melawat, siapa lagi hendak melawat anakku? Minggu lepas, Kak Long balik Johor tetapi kami tiada di rumah kerana menyertai Kembara Warisan Alam Bina Ke Pantai Timur.

Esok kami akan ke UIA Gambang untuk menemui Sakinah yang sedang membuat asasi di sana. Sedikit sebanyak memberi sokongan moral kepada anak-anak.

Aku melihat ramai juga yang tidak pernah dilawati ibubapa. Dulu hantar masa mula-mula memasukinya dan kemudiannya ambil kembali setelah tamat pengajian. Di pertengahannya, engkau pandai-pandailah jaga diri…

Masa aku dulu begitulah… Masuk sekolah berasrama dan apabila tamatnya, pandai-pandailah engkau uruskan sendiri. Hendak minta duit lebih-lebih dari ibubapa, faham-faham sendirilah, mereka hendak makanpun agak tenat juga.

Itu yang aku lihat… kebergantungan anak-anak kepada ibubapa tidak begitu kuat pada masa dulu. Mereka boleh mengusahakan sendiri. Tetapi sekarang, sikit-sikit ibubapa, sikit-sikit parents. Tanpa ibubapa, hidup mereka sengsara!

Aku ke sini banyak hari juga. Hari Sabtu, aku baliklah ke JB kerana hari Ahad banyak kerja yang perlu dilakukan.

Kerjapun kerja biasa biasa aje. Tak ada nak kejar pangkat ke apa. Semua tanggungjawab dan amanah kita buatlah, jangan pergi kerja goyang kaki aje. Itu tak betul tu. Nanti gaji tak halal nanti, hendak beri anak isteri makan minum dan sebagainya.

Yang penting kita tahu hakikat pengorbanan kita sebagai daie. Hendak berkorban lebih-lebihpun sudah tidak mampu lagi. Buatlah setakat yang mampu.

UTM Open Day