Aku seronok melihat ramai saudara mara menumpang di rumah arwah bonda; baik dari Malaysia mahupun Thailand.
Aku rasa rumahku sekarang sudahpun besar kerana ada 9 bilik tetapi taklah besar sangat sebab ia hanya rumah teres 2 tingkat. Yang sedapnya kalau aku mempunyai rumah bungalow… Walau apapun alhamdulillah, aku tetap bersyukur pada Allah.
‘So far’, tak ramai yang datang menumpang rumahku. Ada la juga 2, 3 kerat.
Pengalaman kucing orang yang membuang najis di atas rumput di laman rumahku membuatkan semua ahli keluargaku tidak suka pada kucing.
Halaman yang sekangkang kera itulah tempat mereka mengetok bola tangkis setiap petang. Tetapi apabila ada najis kucing membuatkan mereka malas untuk beriadah.
Lama-kelamaan Smiley mula mendapat tempat di hati anak-anakku terutama Kak Ngah, Asmaa dan Abang.
Kak Ngah mula membeli makanan kucing, kemudian dibelinya pula sangkar, tempat kucing membuang najis dan sebagainya. Asmaa juga tak serik memberi Smiley makan. Dan yang paling aku seronok ialah apabila melihat Smiley menunggu Abang untuk memberi makan kepadanya selepas pulang dari solat Subuh di Surau.
Aku seperti biasalah seronok apabila melihat anak-anak mula gemar dengan binatang.
Aku sendiri semasa kecil dulu pernah memelihara ayam, ayam belanda, ayam serama, burung merpati, itik, angsa, monyet, biri-biri dan ikan laga semasa di rumah arwah bonda di kampung.
Semasa aku menjadi Felo di KSDS, aku juga sempat memelihara ikan laga, ikan-ikan kecil dalam akuarium dan dua ekor ayam serama. Ayam serama sempat juga bertelor walaupun tiada ayam jantan.
Manakala di rumah aku di Bandar Dato Onn pula, aku memelihara kelulut. Pendekata, aku dengan binatang dan serangga ini berpisah tiada.
Jadi itulah sedikit kisah tentang diri, anak-anak serta Smiley.
