Bangga Dengan Pencapaian Anak-Anak Didik

Kadang-kadang kita tidak tahu masih ada insan yang menghargai jasa kita setelah kita menjaga mereka di asrama dulu. Saya mula menjaga pelajar sejak tahun 1996, berkhidmat sebagai Felo di Asrama Siswa Desa Skudai (ASDS). Kemudian dinamakan semula kepada Kolej Siswa Desa Skudai (KSDS)
Pagi tadi seorang bekas Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) mesej saya untuk membelanja makan kerana saya dah masuk kawasannya. Beliau berkhidmat dengan UMP.
Alhamdulillah, saya seronok melihat ramai bekas pelajar jagaan saya dulu sudah mendapat jawatan tinggi. Ada yang bergelar Profesor Madya (gred DS54) dan tak kurang juga yang bergelar Profesor (gred VK6 @ JUSA C).
Yang menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik dan Pegawai Tadbir Negeri pun ramai.
Yang menjadi jutawan pun ada, alhamdulillah.
Dan yang menjadi Pensyarah Kanan macam sayapun ramai.
Tiada apa yang saya harapkan dari mereka semua, cuma jika ada waktu terluang, selitkanlah secebis doa buat saya.
Mudah-mudahan Allah kabulkan doa kalian buat saya. Dan saya pula sudah pasti mendoakan kalian semua sukses di dunia dan di akhirat InsyaAllah.