Mantan Pengerusi JKM KSDS Ziarah Aku

Mantan Pengerusi Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Siswa Desa Skudai (KSDS) yang pertama (kalau tak silap saya), datang menziarahi saya pada hari ini (27 September 2020).
Dr. Abdul Syukor Razak adalah pensyarah kanan di UMP.
Pengetua pertama KSDS adalah Tuan Syed Sagil yang kemudiannya berpindah ke UPM. Pengetua kedua adalah Tn. Hj. Nasir Mahmood, pengetua ketiga ialah PM Ahmad Khalid dan saya merupakan pengetua terakhir sebelum penutupan KSDS.
Seterusnya saya menjadi Pengetua Kolej 12 dan PM Ahmad Khalid menjadi pengetua Kolej Perdana.
Akhir sekali, saya menjadi Pengetua Kolej 16 & 17.
Pengalaman bersama pelajar selama 11 tahun sungguh cukup seronok. Banyak ilmu yang ditimba dan banyak juga ilmu yang dicurahkan.
Didoakan semoga ia menjadi sebahagian dari amal soleh kami apabila menemuiMu nanti ya Rabb.