Kami bertolak dari rumah Kak Long di Rompin pada pukul 9.00am dan tiba di Gambang pada jam 11am.
Aku mengambil kesempatan untuk membawa anakanda makan di He & She Coffee dalam kampus UIAM. Untuk membawa keluar kampus untuk pergi makan, rasanya tidak dibenarkan. Penuh juga Cafe He & She Coffee walaupun harganya boleh tahan. Aku dan isteri memakan croissant manakala Asmaa memakan muffin dan Sakinah memakan spaghetti.

Pada pandangan aku yang pertama kali melihat kampus UIAM Gambang ini merasakan ia sungguh menarik sekali. Masa datang mendaftar Sakinah pada 7 Ogos lalu, kami tidak dibenarkan masuk. Hanya 2 orang wakil aje dibenarkan masuk. Masa tu, Kak Long dan Kak Ngah yang mewakili kami masuk.
Susunan bangunan agak menarik dan mempunyai pelbagai fasiliti. Kedai runcit, kedai makan, kafetaria, tempat membasuh dan mengeringkan pakaian, dan lain-lain lagi. Toilet dia masih dibekalkan dengan kertas lap tangan. Kebanyakan universiti awam yang lain, rasanya sudah tidak ada ‘accesories’ sebegitu.
Cuma saya terdengar komen-komen tentang harga makanan daripada pelajar, termasuk juga dari anak saya bahawa harga makanan di sini agak mahal sikit. Kalau ingin makan ‘fast food’ seperti McD, KFC dan sebagainya pun ada tetapi kena bayar extralah kerana perkhidmatan luar dibawa masuk ke kampus.

Cuma harapan ibubapa hanyalah supaya anak berjaya dengan cemerlang di peringkat Asasi dan boleh memohon bidang-bidang yang diingini apabila memasuki UIAM di peringkat Ijazah Sarjana Muda nanti.