ADUN Melawat Sekolah Hidayah

Aku bersama YB Hj. Mazlan Bujang, ADUN Puteri Wangsa di Sekolah Islam Hidayah dari 11.30 pagi ini sehingga jam 1.30pm, pada 29 September 22020.

Beliau dulupun seorang guru. Suatu profesion yang baik dari sudut pandangan YB. Isterinya masih menjadi seorang Penolong Kanan di sebuah sekolah.

Cuma dari perspektif YB, kita golongan guru dan pensyarah gagal memartabatkan pelajar mengikut Falsafah Pendidikan yang kita garapkan bersama yakni pelajar-pelajar seharusnya matang dan bijak dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Tidak dinafikan ramai pelajar-pelajar kita berjaya dengan cemerlang dalam bidang masing-masing tetapi kita gagal membentuk sahsiah dan jatidiri mereka. Ramai yang terpelajar tetapi ‘lacking in integrity’.

Agama Islam ada sebagai panduan dan ajaran tetapi rasuah, penipuan, kurang amanah masih berleluasa. Tertinggal barang di sesuatu tempat di Jepun, mungkin masih ada apabila kita datang balik. Tetapi tertinggal barang di Malaysia, mungkin tak perlu datang balik kerana ia sudah berada di tempat lain.

Pendidikan awal kita berbeza dengan Pendidikan awal di UK, US, Jepun dan lain-lain negara maju. Teringat masa anak saya di UK. Mereka mengajar anak-anak kita tentang ‘value’ atau nilai. Apa itu ‘sharing’, ‘working together’, adab-adab bercakap seperti jangan ‘interfere’ perbualan orang, kita hanya bertanya apabila diberi kebenaran untuk bertanya dan sebagainya.

Cuma di Malaysia ini, kita hendak anak-anak bijak dalam semua perkara di peringkat yang masih kecil. Kita tak ajar ‘manners’, nilai-nilai murni serta mulia tetapi kita mengajar mereka ‘how to solve mathematical problem at the very early age’. Kita buat konvokesyen untuk anak-anak di peringkat Tadika lagi.

Adab-adab, nilai dan budaya, kita minta pelajar-pelajar ‘acquire’ sendiri. Itu yang silap tu…