Beberapa hari yang lepas, terdengar di corong radio yang mengatakan bahawa sekiranya kita tidak terasa apa-apa dengan kejayaan sahabat atau kawan maka hati kita sudah mulai sakit.
Apatah lagi jika ada perasaan marah, iri hati atau ‘jelous’… Maka kita perlu cepat-cepat bersihkan hati.
Sepatutnya kita tumpang gembira bersama rakan kita diatas kejayaannya itu.
Ya Allah, Engkau bersihkanlah hatiku, jua hati-hati kawan-kawanku supaya mereka sentiasa tunduk kepadaMu, ya Tuhanku.