Menziarahi Orang Sakit

Sekitar jam 11.15am, 27 September 2020, kami bergerak ke rumah Abdul Razak Hamzah dalam rangka menunaikan hak seorang muslim keatas seorang muslim yang lain. Dari 6 hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain, kami tunaikan salah satunya iaitu menziarahi sahabat yang sakit. Abdul Razak Hamzah diuji Allah dengan ‘mild stroke’.

Alhamdulillah beliau dapat bercakap seperti biasa cuma tangan kirinya tidak berfungsi macam biasa iaitu tidak terasa apa-apa dan tidak boleh digenggam dan dibuka seperti biasa. Beliau diberi cuti selama 17 hari dan perlu menjalani physio therapy di HSAJB ‘every now and then’.

Ajak ‘is about my age’. Beliau bercadang untuk bersara pada tahun depan untuk mengerjakan tanah pertanian yang dimilikinya. Saya turut menyampaikan sedikit sumbangan bagi pihak AKRAB, yakni Badan Kebajikan Staf FABU kepada saudara Ajak. Kami mendoakan semoga Ajak cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan InsyaAllah.