Ini peristiwa yang berlaku pada 2 Oktober 2020. Seperti biasa bersemangat sekali ustaz memberi ceramah tentang Hijrah Rasulullah SAW.
Ustaz Ismail kalau tak bersemangat, bukan dialah tu… Kita yang mengantukpun tak jadi tidur. Sungguh bermanfaat sekali.

Sirah ini, mengikut kata ustaz, dah acapkali kita dengar tetapi ia diulang dan diulang supaya dapat ‘refresh’ semula. Selain manusia yang membantu Rasulullah SAW, Allah juga mendatangkan haiwan untuk membantu junjungan besar Nabi kita, seperti labah-labah, merpati dan sebagainya.
Ustaz juga menyatakan riwayat tentang cicak yang membocorkan rahsia dan menunjukkan tempat persembunyian Rasulullah SAW adalah tidak benar. Tiada kisah seperti itu. Kita disarankan untuk membunuh cicak kerana ia mendatangkan najis kepada tempat kita beribadah dan sebagainya.
Jom imarahkan Surau P11.
Speak Your Mind