Berjumpa dengan mantan pelajar saya saudara Ridzuan Rashidi di Masjid Sultan Ismail, UTM semasa solat jumaat tadi. Beliau menegur saya. Saya terkebil-kebil melihatnya kerana tidak cam disebabkan dilindungi oleh pelitup muka.
Wan mengajak saya untuk pergi lunch. Saya kata boleh juga, nanti kita berjumpa di Arked Meranti.
Walaupun anak murid bertegas hendak membayar makan tengahari tetapi chegu masih mempunyai gaji. So, saya belanja bekas murid saya.
Wan menyuruh saya memberi nasihat kepada isterinya jika ada keperluan. Isterinya yang juga bekas pelajar saya dan sekarang ini adalah rakan sejawat saya di jabatan.

Komen saya kepada Wan, tak semua bekas pelajar hendak mendengar nasihat bekas gurunya… apatah lagi apabila kita sudah sama jawatan.
So, Kita jaga kita sahaja. Silap-silap haribulan apa yang kita nasihat atau nukilkan di‘forward’ kepada pihak lain pula. Sekarang dunia tanpa sempadan.
Buatlah apa saja yang kita suka, InsyaAllah di dunia sana, kita sama-sama berikan hujah kita.