Saya mencuba untuk menjadi ahli Perjiranan 11, Bandar Dato Onn yang baik. Saya membayar ‘maintenance charge’ untuk setahun terus, mulai November 2020 hingga Oktober 2021.
Saya juga membayar ‘Annual Membership Fee’ untuk tahun 2021.
Ini kita anggap bayaran yang kita persetujui sejak kita membeli rumah ini. Bagi sesetengah orang, mereka tak nak membayar ‘maintenance charges’ walaupun mereka membeli rumah di kawasan ini.
Cuba kita fikir, rumah-rumah di sini semuanya ‘gated and guarded’ sejak kita beli lagi tetapi kita tidak ingin bayar yuran perkhidmatannya, pelikkan? Sesiapa yang TIDAK membayar boleh dikatakan sebagai menumpang jasa baik mereka yang membayar bagi perkhidmatan yang disediakan.
Alangkah angkuhnya kita! Tetapi sekiranya kita membeli rumah yang belum ada ‘gated and guarded’ tetapi kemudiannya ditambah fasiliti ini maka kita boleh ‘claim’ yang kita tidak ingin perkhidmatan ini dan boleh untuk kita tidak membayar ‘maintenance fee’. Siapa suruh awak buat ‘gated and guarded?’
Saya ada juga bertanya AJK Perjiranan 11, ada tak mereka yang tak nak bayar? Jawapannya ada. Dengan kata lain, kita mahukan kemudahan fasiliti tetapi kita tak nak bayar.
Sesiapa yang merasakan begitu, eloklah tunggu sehingga kita masuk syurga nanti…