Mengunjungi Pemangku Tugas NC UTM

Prof Dato’ Dr. Fauzi Ismail memangku tugas Naib Canselor UTM mengadakan pertemuan dengan Persatuan Kakitangan Akademik UTM (PKA) pada 6 Oktober 2020.

Banyak saranan berguna yang telah diberikan oleh Prof Fauzi kepada PKA. Kami menyambut baik saranan-saranan yang diberikan.

Cuma saranan kami supaya diperlonggarkan sedikit skim kenaikan pangkat kepada mereka yang hendak pencen tetapi telah memegang jawatan sebelum ini tidak begitu mendapat perhatian Yang Berbahagia Dato’. Pada pandangan beliau, semua rukun-rukun yang perlu dipenuhi wajar dipenuhkan dahulu. Yang wajib dan sunat boleh dipertimbangkan kemudian.