MSM

Kita selalu nampak orang kereta depan tanpa ‘signal’ terus dia belok. Ini amat merbahaya kerana kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bertindak. Begitu juga kenderaan yang datang dari arah yang bertentangan.

Kadang-kadang terkeluar kata-kata sumpahan kita kerana marah. Ia tidak hanya membahayakan kita tetapi turut membahayakan mereka. Memberi ‘signal’ adalah TERSANGAT PENTING! Dengan ‘signal’, orang tahu kemana hendak kita tuju? Gunakanlah ia sentiasa.

Di UK, ada sifir sebelum kita membuat sesuatu pergerakan. Sifirnya ialah MSM iaitu Mirror, Signal, Manoeuvre.

Nazri and me in Azusa, California 1983

Sebelum kita memberi Signal, kita wajib melihat cermin tepi dan cermin belakang. Tujuannya supaya kita tidak mengganggu kenderaan lain. Jika kenderaan depan dan belakang agak jauh dari kenderaan kita maka kita berikan SIGNAL.

Setelah semuanya selamat, baru kita melakukan pergerakan atau manoeuvre. Ini ilmu hasil dari saya mengambil lesen di UK. Setiap bakal pemandu diajar tentang sifir MSM.

Sampaikan ilmu yang ada dan amalkan supaya ia menjadi berkat.

INGAT MSM!