Pelajar Projek Sarjana Dan Projek Sarjana Muda

Untuk semester sekarang ini (Semester 1/Sesi 2020-2021), saya sudah mendapat 5 orang pelajar yang akan membuat Projek Sarjana (PS) dan 4 orang pelajar yang akan membuat Projek Sarjana Muda (PSM) di bawah penyeliaan saya.

Mereka adalah Nurul Afizal Zainal Abidin, Rusmiyati Ahmad, Siti Sarina Mahayuddin, Shahrul Azam Shaari dan Muhammad Abdullah bagi PS. Manakala Wan Udaimatunnur Solehah Wan Nor Azman, Syaza Nur Syazwana Sidek, Syahirah Balqis Anuar dan Leong Zi Jun adalah pelajar-pelajar untuk PSM.

Pelajar menziarahi saya dan keluarga.

Saya kurang risau untuk PSM kerana ia melibatkan 2 semester. Yang saya risau ialah Projek Sarjana kerana ia hanya melibatkan satu semester sahaja.

Oleh itu, saya memohon kepada Nurul Afizal, Rusmiyati, Siti Sarina, Shahrul Azam dan Muhammad untuk terus terjun ke dalam penulisan PS ini.

Jangan tunggu ‘last minute’ untuk mendapat wahyu. Banyak baca ‘literature review’ tentang apa yang hendak kita kaji.

Setiap buku, jurnal berkaitan yang dijumpai dimasukkan terus ke dalam senarai bibliografi. Kita takut lupa dan tidak dapat dicari semula bahan tersebut.

Satu semester tidak lama! Apatah lagi untuk membuat kajian terperinci tentang sesuatu isu. Kemudian disibukkan lagi dengan tugas-tugas harian di pejabat masing-masing.

Jangan malu atau segan untuk menghubungi Penyelia. Kita sentiasa ‘available’ untuk membantu pelajar. ‘At the end of the day’ apabila tamat membuat PS, kita sendiri yang akan terasa samaada kita berpuashati atau tidak dengan hasil PS itu.

Jika kita berpuashati alhamdulillah. Ini bermakna kita telah memberi yang terbaik untuk menghasilkan Projek Sarjana atau Projek Sarjana Muda tersebut. Kita juga tidak mahu jika orang bercakap bahawa PS kita lebih leweh dari PSM.

Jom, teruskan dan tingkatkan usaha!