Kadang-kadang kita kedekut dalam memberi laluan. Orang tu sudah memberi ‘signal’ nak masuk kanan. Kita cepat-cepat laju ke depan supaya dia tidak dapat masuk.
Tak nak beri! Orang dah minta, Beri ajelah. Apa yang kedekut sangatnya? Kan jalan ni kita ‘share’ bersama. Dia bayar road tax dan kitapun bayar road tax.
Ini teguran serta peringatan buat diri yang bakhil ini. Kita selalu menderma, infaq kepada orang yang memerlukan tetapi kita bakhil, tiada simpati kepada orang yang meminta laluan.

Allahu Rabbi…bukan kerana dengan kita memberi laluan maka perjalanan kita lewat sejampun. Malah mungkin dengan kita memberi laluan, kita dapat mengelak dari kemalangan yang mungkin kita akan hadapi di depan.
Ya Allah, lembutkanlah hatiku dan hati-hati kawanku yang lain.