‘Vetting’ Tajuk PSM

Mesyuarat untuk meneliti tajuk-tajuk Projek Sarjana Muda (PSM) telah dibuat pada 30 September lalu. Ini adalah mesyuarat kali kedua. Mesyuarat yang pertama dibuat pada 21 September 2020.

Mesyuarat kali ketiga, InsyaAllah akan dibuat pada 14 Oktober ini. Tugas kami adalah untuk melihat tajuk-tajuk yang bersesuaian dengan bidang kami iaitu Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.

Kami juga mengenalpasti tajuk-tajuk yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar lain sebelum ini supaya ia tidak berulang. Sekiranya tajuk yang agak sama tetapi kajian kes perlu menunjukkan perbezaan diantara kajian ini dengan kajian yang lepas.

Pendekata, tugas kita tidak mudah. Selepas semua tajuk diterima nanti, kita akan mengagihkan pula pelajar-pelajar ini kepada setiap pensyarah. Pada tahun lepas, seorang pensyarah mendapat 6 orang pelajar tetapi pada tahun ini rasanya, setiap pensyarah mungkin hanya mendapat 4 orang pelajar sahaja.

Mesyuarat kami berkonsepkan potluck, jadi masing-masing membawa makanan yang ingin dikongsi bersama. Saya telah membawa nasi kerabu daging bakar atau ayam goreng pada mesyuarat yang lepas. Pada mesyuarat kali ini, saya hanya membawa satu paket buah plum.

Melalui kerjasama yang dibuat ini maka penyelaras PSM tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli barangan makanan. Kita sama-sama berkongsi.