Semasa kita meningkat remaja dan ayah kita mulai berusia. Mungkin umur ayah di hujung 40an atau awal 50an. Kita mulai semakin susah untuk memahami ayah!
Banyak perkara yang kita kurang faham especially bila bergaul dengan ayah. Kadang-kadang ayah bertanya kita, “Nak ikut abah pergi ke surau tak?”

Pertanyaan itu sebenarnya ajakan atau lebih jelasnya paksaan tetapi kita ingat ayah bertanya. Sebenarnya itu suruhan ayah untuk menemaninya ke surau dan bukannya pilihan yang perlu kita buat. Tetapi seperti biasa kita menganggap ia sebagai pertanyaan untuk dibuat pilihan!

Jom makan dengan ayah! Kita ingat ayah memberi kita pilihan untuk makan bersamanya atau tidak? Kita menjawab, “Kita masih kenyang bah!”, tetapi sebenarnya ayah menyuruh kita menemaninya makan.
Ayah mengajak kita menaiki kereta untuk ke masjid. Kita kata tak apalah bah, kita mahu exercise…jalan kaki aje!
Semakin lama semakin ayah terasa. Ayah terasa bahawa dia semakin dijauhi anak-anak. Anak-anak pula merasa rimas jika terlampau rapat dengan ayah!

Akhirnya, ayah membawa diri. Merasa sepi kerana anak-anak sudah mulai pandai berdikari dan tidak perlukan dia lagi.
Penyendirian ayah jika berakhir dengan kematian, mungkin alhamdulillah. Tetapi jika ditawan insan berbudi maka mungkin anak-anak mulai membenci ayah…
Di saat ini amat susah bagi ayah untuk menunjukkan kasihnya dia kepada anak. Anak-anak pula semakin membesar dan merasakan dirinya sudah boleh melakukan semuanya secara kendiri.
Sekadar luahan perasaan insan yang pernah menjadi anak dan kemudiannya menjadi ayah…