Seorang ayah meraikan kejayaan anaknya yang begitu cekal ingin mengambil jurusan kedoktoran dengan membelanjakan kawan-kawannya makan tengahari di Restoren Mak Jah.
Pakcik turut gembira dengan kejayaan Irfan. Irfan belajar betul-betul dan menjadi seorang doktor yang baik. Anaknya hanya mendapat 3.95 CGPA semasa matrikulasi tetapi niat untuk menjadi seorang doktor begitu menebal.
Seorang ayah akan berusaha sedaya mungkin untuk memenuhi cita-cita anak kesayangannya. Menelefon dan merayu ke semua IPTA yang mempunyai jurusan medical. Itulah ayah!
Dalam keadaan sekarang, saingan agak sengit dan tidak mudah untuk kita mendapat tempat kerana kita tidak dapat untuk belajar keluar negara. Masing-masing cuba untuk mendapatkan tempat yang terbaik di dalam negara.
Jadi sekarang, tempat telah diperoleh dan dayung di tangan kita. Dayunglah selaju-lajunya supaya peluang yang ada tidak disia-siakannya.
Orang tua dan rakan-rakannya hanya ingin melihat anaknya berjaya. Dan mereka hanya tumpang bangga! Suatu hari apabila Irfan menjadi seorang doktor yang berjaya, pakcik hanya boleh berkata itulah anak kawanku yang telah berjaya!
Good luck and study hard! Disusuli dengan doa kepadaNya, insyaAllah berjaya.