Masih utuh cenderahati yang diberikan. Terpampang di dinding. Sesekali menggamit kenangan lama di zaman menjaga pelajar-pelajar UTM dulu.
Chegu Epul, pembantu felo saya telah memproses gambar-gambar saya untuk dijadikan sebagai cenderahati.
Chegu Saifulnizan Che Ismail telah menjadi chegu tersohor di negeri Kelantan. Tahniah Epul! Suatu cenderahati yang mungkin menerangkan sebahagian dari hidup saya.

Gambar teratas bersama Dato Dr. Alias Mohd Noor. Beliau selaku TNC HEP manakala saya sebagai Pengetua.
Di bawahnya adalah gambar identity card lama saya. Diambil sekitar tahun 1976.
Di atas sebelah kanan, gambar Konvokesyen saya, Master of Regional and Community Planning di KSU (1988). Di bawah sedikit ialah gambar mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang pertama dan mungkin yang terakhir dari mantan Naib Canselor Tan Sri Zulkifli Mohd Ghazali.
Gambar di pintu hadapan San Diego Zoo. Kemudian 2 keping gambar di Azusa, California. Nampak agak slim pada masa tu, 1982. Satu gambar di tempat parkir Language Center of the Pacific dimana tempat aku belajar Bahasa Inggeris dan satu lagi gambar di belakang apartmentku. Nampak padang di belakangnya, tempat kami bermain American Football bersama kawan-kawan Chicano.
Seterusnya, gambar lesen memandu California. Agak senang untuk mendapat lesen memandu di USA. Kita diuji dengan kereta kita sendiri.
Kemudian, gambar aku membuat latihan askar di PUSWATAN. Aku dalam uniform dari tahun 1999 hingga 2017; bermula dengan Prebet dan berakhir dengan Mejar.
Seterusnya, gambar aku menyembelih lembu korban di kolej kediaman pelajar. Aku menyarankan kepada felo-felo untuk mengambil bahagian dalam korban bermula semasa aku di KSDS, kemudian di Kolej 12, akhirnya di Kolej 16 & 17. Kita membuat korban untuk memberi makan kepada pelajar-pelajar hampir setiap tahun.
Gambar terakhir ialah semasa function fakulti bersama Prof. Megat Mohd Ghazali dan PM Dr. Dzurllkanian Daud, sekitar akhir tahun 1990an.
Sekalung tahniah kepada Felo-felo, pembantu-pembantu felo serta JKM semua pada masa ini…
Ia betul-betul menggamit kenangan.