Sarapan Bersama

Sarapan pagi bersama rakan-rakan AJK Surau Perjiranan 11, Bandar Dato Onn telah menjadi salah satu agenda tetap buat kami.

Tujuan sarapan bersama ini adalah untuk menguatkan hubungan silaturrahim sesama kami. Kebiasaannya tak ramaipun AJK yang turut serta. Mereka yang akan bersama jika tiada kekangan adalah Haji Abdullah (Timbalan Pengerusi), Chegu Farihin (Ketua Biro Rakan Muda), Haji Halim (AJK Kebajikan), Wan Abdul Rahman (Imam 2) dan saya sendiri.

Kami bermohon kepada Mu ya Allah, mudah-mudahan kami dapat meneruskan lagi tugasan sebagai AJK Surau kerana Allah Subhanahu Wa Taala.