Sijil Profesional Pengurusan Wakaf

Petang semalan (26 Okrtober 2020) berada di SUK Johor sempena Majlis Penyerahan Surat Tawaran Bagi Penyertaan Sijil Profesional Pengurusan Wakaf. Program ini adalah anjuran bersama Majlis Agama Islam Johor, SUKJ BPSM, UTHM, UTM yang dikelolakan oleh UTM SPACE.

Program yang memakan masa selama 6 bulan ini dijadualkan bertemu 2 kali sebulan bermula pada bulan November ini. Dengan terlaksananya program ini, kami mengharapkan agenda Wakaf semakin mendapat tempat di hati rakyat. Antara projek Wakaf yang telah berjalan ialah Stesen bas Larkin Sentral.

Kita mempunyai lebih kurang 30,000 hektar tanah Wakaf di seluruh negara tetapi yang diusahakan tidak sampai 20%. Alhamdulillah, Johor agak ke depan dalam mengusahakan tanah wakaf iaitu sebanyak 80% telah diusahakan.

Negara yang agak banyak mengusahakan projek tanah Wakaf ialah seperti Turki dan Mesir. Al-Azhar University adalah contoh sebuah universiti yang dikelolakan secara Wakaf. Pelajar-pelajar yang belajar di universiti ini membayar yuran yang agak nominal dan gaji pensyarah di sanapun dibayar dari wang Wakaf.

Kami juga melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita telah bermesyuarat dan berbincang untuk pengendalian kursus ini sejak hampir 5 tahun yang lalu. Bermula sebelum Tn. Hj. Shahlan pencen sehinggalah beliau telahpun pencen. Walau apapun alhamdulillah dengan izin qudrat dan iradatNya jua maka terlaksanalah Kursus Sijil Profesional Pengurusan Wakaf.