Banyak perkara yang dulunya mudah, sekarang sudah menjadi payah! Contohnya, apabila kita ingin bangkit bangun dari kedudukan duduk. Menaiki tangga sudah menjadi aktiviti yang menyakiti lutut, menahan diri dari membuang air besar sudah tidak relevan, ia pasti akan terkeluar juga dan pelbagai perkara lagi. Ini adalah beberapa isu yang samaada kita ingin hadapi atau kita cuba untuk akur sahaja sebagai satu lumrah alam.
Pun begitu, setakat mana kita mencuba untuk melawan atau mengekangnya, kita merasakan bahawa itu adalah sunnatullah. Bila usia meningkat tua maka banyaklah skrew yang loose dan sebagainya.
Tetapi apabila diperhatikan mereka yang berjaya hidup seperti zaman mudanya terasa jealous juga.
Ramai juga berkata jangan diikutkan perasaan sangat! Tapi kalau tak diikut terasa sakit…