Alhamdulillah jamaah surau kami agak ramai terutama pada waktu Isya. Apatah lagi apabila dilaksanakan penjarakan sosial (social distancing) maka ruang semakin terhad.
Kami AJK Surau Perjiranan 11, Bandar Dato Onn bercadang untuk membuat sedikit pelebaran baik di tepi dan juga di belakang bagi memberi ruang yang lebih selesa kepada para jamaah yang hadir.

Sekiranya ada dikalangan tuan/puan ingin menanam saham modal akhirat ini, bolehlah salurkan kepada akaun SURAU PUSAT KOMUNITI PERJIRANAN 11. Akaun (Maybank) bernombor 551623207585 dan nyatakan tujuan untuk pembesaran surau. Tuan/Puan boleh juga menderma bagi pihak Allahyarham ayah atau Allahyarhamah ibu yang dikasihi. InsyaAllah pahala infaq kita ini akan berterusan diperoleh oleh mereka yang kita niatkan.
Sumbanglah walaupun sedikit di mata manusia tetapi di sisi Allah amat besar nilainya insyaAllah.
Jazakumullahu Khairan Kathira dan terima kasih semua.