*SEORANG DEMI SEORANG PERGI*
*Masa lepas sekolah suka tengok tentera/polis naik trak tentu seronok jadi macam mereka.*
*Masa bujang, bila tengok kekawan berkahwin, hati tertanya bagaimana hidup berkeluarga. Aku pun akan tiba juga gilirannya.*
*Bila tengok kekawan berpindah, hati pun tertanya-tanya bagaimana hidup di tempat baru. Akan tiba juga giliran aku.*
*Bila tengok kekawan menamatkan perkhidmatan, hati aku pun tertanya-tanya bagaimana hidup selepas bersara, itu pun akan dilalui juga bila tiba gilirannya.*
*Dan sekarang bila dengar seorang demi seorang pergi tidak kembali lagi… aku pun tertanya-tanya, bagaimana hidup di alam sana. Cukupkah bekalan yang nak dibawa? Akan tiba juga giliran aku suatu hari nanti..*
Astaqfirullahal Azim. Allahumasoli’ala Muhammad Wa’ala Aalihi Muhammad.
Cut & Paste dari WhatsApp group Ismailian.