Menjadikan Surau P11 Aktif

Alhamdulillah Surau Perjiranan 11, BDO disamping menyediakan kemudahan fasiliti solat berjamaah, ceramah agama setiap malam Selasa, Rabu, dan Program Mengaji al-Quran serta syarah Kitab Syamail Rasulullah untuk golongan wanita pada hari Sabtu & Ahad dan sebagainya, kita juga turut memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Pihak Surau juga memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan seperti orang yang kurang berpendapatan, ahli asnaf serta OKU dan sebagainya. Untuk membuat semua program ini sudah pasti ia memerlukan jumlah kewangan yang agak besar. Oleh itu, kita ingin memohon tuan/puan untuk turut serta bersama kami untuk menyumbang.

Kita ingin mengajak tuan/puan untuk turut sama berkongsi dalam membantu masyarakat di persekitaran kita. Bolehlah tuan salurkan wang atau barangan makanan seperti beras, gula, susu, milo dan sebagainya kepada kami. Sumbangan dalam bentuk kewangan boleh disalurkan kepada akaun Surau Pusat Komuniti Perjiranan 11 di Maybank, 551623207585 serta menyatakan tujuannya samaada untuk pembesaran surau atau sumbangan kepada orang susah atau infaq kegunaan surau. Manakala sumbangan makanan bolehlah dihantar ke Surau kita.

Tugasan ini mungkin kalau kita ingin lakukan secara individu kita tidak mampu. Maka kita buat secara kolektif. InsyaAllah ada pahala di sisi Allah. Jangan biarkan gereja sahaja mampu membantu orang kita yang susah, kita lebih-lebih lagi mampu untuk melaksanakannya insyaAllah. Jom! Jazakumullahu Khairan Kathira…

Speak Your Mind

*