Saya ke AEON Bandar Dato Onn petang tadi. Dah agak lama saya tak ke sana walaupun 5 minit aje dari rumah. Dulu selalu pergi kerana semua ‘groceries’ kita yang buat untuk seisi keluarga. Sekarang, ada anak yang buat. Isteri juga kadang-kadang buat.
Apa yang saya hendak sentuh kali ini ialah berkenaan banyaknya kedai-kedai yang tutup di AEON Mall. Cuba bayangkan berapa banyaknya orang ‘out of jobs’ akibat Covid-19. Sedihkan… Kalau taukeh bungkus, apa lagi pekerja?
Kadang-kadang kita tak terfikir bahawa seseorang itu boleh berada di sesuatu tempat yang agak prestij. Begitu juga Kedai Eco, kita tak boleh bayangkan bagaimana dia boleh berada di dalam AEON Mall, Bandar Dato Onn.
Tetapi pada 20 November 2020 yang lalu, bilamana orang lain tutup kedai, dia pula boleh sewa 3 pintu dalam AEON. Nampak agak ramai juga pelanggannya tadi. Tuah orang kita tak nampak… Siapa sangka?
