Usahawan Betta

Saya memelihara ikan laga (Betta) ini sejak kecil. Sudah menjadi hobi memelihara ikan karin atau ikan sepila (panggilan orang Kelantan). Tetapi saya tak pernah melagai mereka kerana kita tahu ia tidak baik untuk melagai binatang, apatah lagi melagai manusia.

Sekarang anak-anak saya pula menyukai hobi ini tetapi mereka melakukannya secara komersial. Saya dulupun membiakkannya juga tetapi dari beratus-ratus ekor anak yang menetas, akhirnya tinggal 10 ekor yang hidup. Kita tidak pandai untuk menjaga anak-anak ikan untuk membesar. Sekarang ini mudah, semua boleh dipelajari dari internet.

Alhamdulillah, pembiakan ikan laga oleh anak-anak saya nampak berjaya. Sesiapa berminat untuk membelinya atau mengusahakannya bolehlah berurusan dengan Wan Abdul Rashid atau abang-abangnya Wan Muhammad ‘Ammar dan Wan Ahmad Luqman.

Boleh juga melawati ke Facebook mereka https://www.facebook.com/wan.betta.14 (Wan Betta).

Speak Your Mind

*