Bring Your Own Device (BYOD)

Bring Your Own Device (BYOD) adalah satu bentuk kempen untuk menggalakkan staf membawa dan menggunakan komputer sendiri di pejabat. Majikan akan memperuntukkan RM2k untuk setiap pembelian komputer secara percuma. The rest kita yang top up.

Tetapi adalah spesifikasi peralatan yang perlu dipenuhi supaya ia tidak mudah rosak dan dapat melaksanakan kerja dengan lebih berkesan.

Bersusah payahlah kita untuk mencari quotation dan sebagainya.

Hari ini dapat keputusan yang menyatakan bahawa “Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan anda gagal”.

Sebabnya ialah perkhidmatan saya akan tamat (pencen) dalam masa kurang dari 4 tahun. Tak pasti pula samaada klaus ini dimaklumkan sebelum ini.

Itulah kita, bila nampak ada kemudahan yang ingin diberikan maka sudah tidak baca lagi peraturan atau syarat-syaratnya lagi. Terus mohon.

Itu suatu pengajaran kepada orang lain. Jangan terburu-buru tetapi baca dulu peraturan yang diberikan.

Tak apa, saya tak kisah, orang ķata tak ada rezeki… Saya juga merasakan projek ini mesti ada target group yang disasarkan. Mungkin disasarkan kepada mereka yang bukan dari kalangan tenaga pengajar dan sebagainya. Wallahu ‘alam

Speak Your Mind

*