Integriti Buat Diri

Seorang pelajar saya mendaftar untuk menjalankan Latihan Industri (LI) pada semester ini. Apabila berlalu separuh jalan, dia memberitahu saya bahawa dia tak sihat dan mengambil keputusan untuk dropped class.

Kemudian ayahnya pula menelefon saya memberitahu bahawa anaknya tak dapat meneruskan LI di firmanya.

Apa yang kita dapat ambil iktibar dari peristiwa ini?

Yang teramat penting pada saya ialah honesty dan integriti.

Maksudnya, anak ‘berLI’ semester ini di firma bapanya. Kalau si anak dan si ayah berpakat untuk menutup cerita ini, bolehkan? Lagipun siapalah yang hendak melawat tengok di musim covid ini. Si anak akan lulus dan si bapa boleh tutup buku.

Tapi ia tidak berlaku begitu.

Sesetengah dari kita begitu teguh dengan konsep integriti mereka manakala sesetengah kita yang lain pula ambil mudah aje apabila bertembung dengan isu seperti ini…

Saya tabik spring kepada si anak dan si ayah ini.

Saya mendoakan kepada diri saya, kaum keluarga saya dan seterusnya masyarakat umum untuk menanam sikap untuk menjaga integriti dan nilai diri masing-masing. Kita semua akan dipersoalkan esok oleh Rabbul Jalil.

UTM Open Day