Mesyuarat AKRAB Bersama AJK Baru Sesi 2021-2022

Mesyuarat AJK AKRAB sesi 2021-2022 yang pertama pada minggu lepas. Semua muka-muka baru kecuali Pengerusi yang di’recycle‘ semula dari sesi lepas. Kenapa begitu?

Ia memberi 2 makna, pertama, Pengerusi melaksanakan amanah yang terbaik sehingga tiada siapa sanggup memegang tanggungjawab tersebut atau tiada siapa hendak atau mahu jawatan tersebut kerana ia tidak membawa apa-apa manfaat keduniaan.

Sebenarnya nama calon Pengerusi disuruh supaya semua staf membuat pencalonan. Entah macamana nama saya masih tertinggi walaupun ada nama yang kedua tertinggi. Pada saya beri ajelah kepada yang kedua tertinggi kerana beliau juga boleh menyumbang dan mungkin memperbaiki atau membuat penambahbaikan kepada AKRAB sediaada.

Well, biarlah apapun, kita teruskan perjuangan ini untuk menjaga kebajikan staf FABU, UTM. Semoga kita semua AJK diberikan kekuatan dan kesepakatan dalam melaksanakan tugas, InsyaAllah.

Speak Your Mind

*