Yuran SMIH 2021

Setiap kali hujung tahun maka sibuklah aku mencari duit. Duit untuk bayar yuran pendaftaran dan pengajian di Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH). Tahun depan aku sudah tiada anak di Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH).

Asmaa akan memasuki ke Tingkatan 1, SMIH pada tahun depan. Tadi dia pergi membuat ujian kelayakan untuk kemasukan ke kelas tahfiz SMIH.

Pagi tadi aku menjelaskan yuran Syakir untuk setahun sebanyak RM7379 manakala yuran Asmaa juga untuk setahun sebanyak RM7970. Jumlah keseluruhannya ialah RM15,349.00. Wow!

Teringat dulu, aku pernah menjual sebidang tanah bendang untuk membuat bayaran yuran sekolah anak-anak di Hidayah.

Apa yang membuat aku membayar setahun terus? Pertama, ia ada sedikit diskaun jika kita membuat bayaran penuh setahun. Tak semestinya setahun, bayar terus untuk 6 bulanpun dapat diskaun juga. Kedua, aku rasa dengan aku membuat bayaran setahun terus, pihak sekolah tidak akan tertunggak untuk membayar gaji guru-guru. Sedikit sebanyak ia mungkin membantu. Ketiga, pihak sekolah akan dapat merancang dan berbelanja mengikut jadual seperti yang telah dirancangkan. Yalah tiada bantuan yang diperoleh dari pihak luar, termasuklah dari kerajaan. Jadi pandai-pandailah pihak sekolah berbelanja dengan berhemah.

Keempat, aku tidak suka berhutang. Kalau hendak bayar bulan-bulan aku takut terlupa dan seterusnya menjejaskan gaji guru-guru dan staf. Ini memang perangai aku!

Duit Tabung Qardhul Hassan di Palekbangpun aku bayar terus untuk setahun. RM30 aje sebulan, setahun baru RM360.

Begitu juga dengan bayaran takaful siswa anak-anak. Dalam bulan Januari nanti, aku akan jelaskan kesemuanya.

Cukai pintupun sama. Aku tak suka bayar untuk setiap 6 bulan tetapi aku bayar untuk setahun terus.

Kelima, pada pandangan aku, aku tidak perlu diperingatkan pada setiap awal bulan. Sekali bayar kemudian hujung tahun pulalah kita jumpa lagi dengan pejabat kewangan sekolah.

Well, kita ada style masing-masing. Pada saya, sewajarnya kita mengutamakan yang utama. Kalau kita tak settle yuran sekolah nanti duit itu akan habis ke lain pula.

Cuma apabila kita membayar penuh untuk setahun maka perbelanjaan-perbelanjaan lain perlu kita jimatkan. Aku hanya berdoa kepada Allah supaya duit pelaburan pengajian anak-anak aku ini diberkati Allah dan mereka beroleh kejayaan yang diimpikan insyaAllah!

Speak Your Mind

*