HAPPY 33 YEARS ANNIVERSARY

Happy Anniversary to me and my wife. It has been 33 years already.

Pada saya, syukur alhamdulillah kepada Allah SWT yang telah dan masih mengikat perhubungan kami sehingga kini. Tidak semua orang dapat sampai ke tahap ini.

Of course, banyak asam garam yang telah kami lalui bersama. Ada yang seronok, ada yang kurang menarik dan tak kurang juga yang menelan segala gambar-gambar menarik sebelum ini, seperti sesetengah orang berkata “satu perkataan atau perbuatan yang kurang baik boleh menghapus atau melenyapkan 99 perkataan atau perbuatan manis yang pernah dilakukan sebelum ini.”

Pertama kali bersanding setelah 33 tahun berkahwin.

Ala kullihal, kita terima seadanya qada dan qadar Allah SWT. Yang lebih penting bagi saya penyudahannya nanti… Husnul Khatimah buat kami sekeluarga.

Apa-apapun saya memohon ampun dan maaf kepada isteri jika kekasaran saya mengguris perasaannya sepanjang perkongsian hidup ini. Terima kasih kerana masih sanggup untuk hidup bersama saya.

Akhir sekali, harapan saya ialah semoga hari-hari mendatang akan lebih ceria dan bahagia serta dikurniakan dengan menantu dan cucu yang soleh dan solehah InsyaAllah. Semoga ia dikabulkan, Aamiin, aamiin, aamiin ya Rabbal ‘Aalamiin…

Speak Your Mind

*