Bunga Melor, harum baunya…

Ini untungnya bila ada pokok bunga melor di halaman. Bunganya dapat ditabur di atas katil supaya semerbak bau wanginya.

Itu yang dilakukan oleh orang tua-tua zaman dulu. Zaman sekarang orang sembur ‘perfume’ aje supaya tempat beradu sentiasa wangi.

Satu lagi orang tua-tua suka letak bunga melor dalam sanggul rambut mereka. Rambut akan berbau wangi. Dulu mana ada sangat shampoo. Kalau adapun mungkin tak mampu nak beli.

Berus gigipun guna arang aje masa tu. Tapi hasilnya putih melepak gigi.

Saya juga pernah mandi kemudian digumpal-gumpal pucuk jambu batu dan dilumur ke seluruh badan. Kira macam sabun la zaman tu…

‘Well’, sekarang semua ada dan mampu untuk dibeli. Dulu sabun, shampoo dan colgate hanya untuk orang yang berada aje. Kita orang yang kurang mampu ni, hanya guna ramuan tradisional aje.

Anak-anak mungkin tak boleh nak fikir. Sorry la, saya cuba cakap macam orang-orang muda sekarang bercakap. Tetapi saya bukan suka sangat bahasa rojak ni, tetapi kalau kita tak cuba sekali sekala nanti kata tak ‘rock’ pula. Ha..ha..ha.

Masa berubah, zaman berubah…

Speak Your Mind

*