Infaq Walau Ke Mana Jua

Beberapa ketika dahulu, saya pernah menulis bahawa jika kita ingin infaq ke mana-mana pelusuk dunia, kita sudah boleh berbuat demikian tanpa kita pergi ke tempat itu. Mudahkan!

Di bawah ini adalah suatu peluang untuk kita menderma ke Tabung Surau Lama Palekbang. Jaminan dari saya, ia bukan ‘fake account’ atau scammer yang ingin mendapat wang dengan cara mudah.

Pengerusi Surau adalah anak saudara saya.

Sekarang terlampau ramai ingin mendapat duit dengan cara mudah. Dipersilakan tuan/puan untuk menyumbang walaupun hanya beberapa RM.

Allah SWT tidak melihat nilai yang didermakan tetapi melihat kepada keikhlasan kita. Berikut ialah permohonan dari Pengerusi Surau Lama Palekbang.

******************************************

Assalamualaikum Tuan Puan,

Surau Lama Palekbang ialah rumah Allah yang diimarahkan oleh orang kampung yang tinggal di sekitarnya.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:

1) Melatih remaja menjadi imam

2) Membuka peluang kepada kanak-kanak menjadi bilal

3) Memberi upah kepada kanak-kanak yang bersihkan surau

4) Menjemput pelajar Diploma Tahfiz menyampaikan kuliah Al-Quran

5) Menjemput pelajar sekolah agama berdekatan menjadi imam terawih

6) Menyediakan air minuman dalam botol kepada para jemaah

7) Dan banyak lagi.

Bagi melancarkan perjalanan aktiviti-aktiviti ini, kami mengalu-alukan sumbangan daripada tuan puan. Sumbangan tuan puan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Surau Lama Palekbang, no akaun 03036010167206.

Terima kasih atas sumbangan tuan puan yang budiman. Didoakan semoga Allah SWT memberkati tuan puan sekeluarga.🤲Sekian, wassalam.

Pengerusi Surau

Nurul Amin Bin Husain

No Tel:0183908085

Speak Your Mind

*