Langkah Membantu Ekonomi

Musim Covid-19 semua orang susah. Semua kita tahu, ada yang kena buang kerja, ada yang tidak boleh berniaga macam biasa dan yang pasti semakin ramai mereka yang tiada pekerjaan. Apa yang boleh kita bantu?

Yang boleh memberi sumbangan makanan, beras, duit dan sebagainya, teruskan! Itu suatu usaha yang baik.

Yang boleh membuka peluang pekerjaan walau sekecil manapun, teruskan! Setidak-tidaknya ada seorang dua yang kita mampu memberikan mereka ruang dan peluang pekerjaan.

Saya ada satu cadangan, yang mana saya fikir sedikit sebanyak boleh membantu ekonomi negara. Apakah dia?

Strategi saya ialah kita menjelaskan bayaran kita ‘ahead of time’. Semua yuran yang perlu kita bayar, kita bayar ke depan. Maksudnya, jika kita ada anak yang belajar di sekolah swasta, ‘instead of’ kita bayar bulan-bulan, kita terus bayar untuk setahun.

Kedua, jika kita ada bayaran takaful siswa anak-anak dengan mana-mana syarikat, kita bayar terus sehingga bulan Disember 2021.

Jika kita ada bayaran yuran koperasi dan sebagainya maka teruskan bayar untuk setahun.

Keempat, jika lesen memandu kita tamat tempoh tahun ini maka kita ‘renew’ terus untuk 5 tahun akan datang.

Kelima, cukai tanah dan cukai pintu seboleh-bolehnya kita bayar untuk setahun terus dan bukan untuk setiap 6 bulan.

Semua bayaran-bayaran yang lain juga yang perlu kita bayar maka kalau boleh bayar ‘a head of time.’ Tujuannya ialah supaya wang kita berputar dalam sistem ekonomi dan tidak tersimpan di dalam bank.

Dengan mendapat bayaran yang berlebihan mungkin sesebuah syarikat tidak jadi untuk mengecilkan staf mereka. Syarikat tersebut juga boleh membelanjakan wang yang ada untuk meningkatkan produktiviti mereka.

Apa yang penting, duit bertukar tangan dalam sistem ekonomi kita. Jangan sekali-kali kita cuba untuk membuat pembayaran baru yakni membeli barang-barang yang kita inginkan, maksud saya ialah kita sepatutnya ‘cut off unnecessary spending.’ Jangan kita berbelanja lebih dari apa yang perlu.

UTM Open Day