Aku menghadiahkan sebuah TV Sharp 50″ kepada isteri sempena Hari Anniversary kami yang ke 33. Tarikh Anniversary ialah pada 14 Januari tetapi aku baru pergi beli tadi (17 Januari) di AEON Bandar Dato Onn.
Bukan nak galakkan dia tengok TV sangat tapi kesian dia tengok TV yang ‘color’nya kadang-kadang kuning, kadang-kadang merah, dan kadang-kadang hijau. ‘Color’ berubah-ubah… dah terlalu lama TV yang ada itu.
Rasanya TV tu, umur Sakinah lahir lagi dan sekarang Sakinah sudah di UIA Gambang.
Dulu masa mula-mula kahwin, bertekad tak mahu ada TV di rumah. Kemudian semakin lembut, oklah ada TV tapi di’control channel‘nya. Harap-harapnya tidak sampai ke tahap terlampau ‘mellowed down’ sehingga boleh tengok apa saja siaran yang ada. Na’uzubillahu min zaalik.
Semua ‘gadget’ ada baik dan buruknya, sama juga dengan ‘hand phone.’ Kalau kita kata tak nak guna ‘hand phone’ kerana banyak maksiat bakal timbul maka agak susah juga kita dalam situasi sekarang. Ia telah menjadi barang keperluan dan bukan lagi barangan mewah.
Mudah-mudahan ada banyak baik dari buruknya insyaAllah. Terima kasih Allah kerana memberikan aku rezeki dan aku pula dapat kongsi rezeki yang Engkau kurniakan…
